Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

254) KESELAMATAN DI KAWASAN-KAWASAN PEMBANGUNAN YANG PEMAJU “GULUNG TIKAR”

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi bangunan yang belum diserahkan, siapakah yang bertanggungjawab dari segi keselamatan kawasan tersebut?

    Untuk makluman, keselamatan bangunan yang belum diserahkan adalah di bawah tanggungjawab pelikuidasi (liquidator) yang dilantik oleh pihak mahkamah untuk menjaga keselamatan kawasan tapak bina yang terbengkalai. Walau bagaimanapun, PBT akan memantau pihak penglikuidasi secara berterusan untuk memastikan langkah-langkah keselamatan di kawasan pembinaan diambil

Lampiran

Tiada Lampiran.