Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
59) KESELAMATAN JALAN JKR DI HULU SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan peruntukan dan cara penyelesaian yang dicadangkan bagi persimpangan Rasa di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang yang sering berlaku kemalangan
Ini adalah Jalan Persekutuan FR01. Projek ini telah dipohon dalam RMKe-11 di bawah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf persimpangan tersebut dengan anggaran kos projek RM 20 juta. Skop yang dicadangkan adalah pelebaran jalan dan jambatan (daripada 2 lorong kepada 4 lorong) serta menaiktaraf persimpangan kepada persimpangan lampu isyarat. JKR Selangor juga telah mengambil tindakan dengan meningkatkan aspek keselamatan di persimpangan tersebut dengan memasang perabot jalan seperti papan tanda amaran, blinkers dan rib bars sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek.