Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

138) KESELAMATAN JALAN RAYA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang disediakan bagi proses membaikpulih dan pemasangan baru bagi lampu jalan di DUN Semenyih?

    Peruntukan yang disediakan bagi proses membaikpulih dan pemasangan baru bagi lampu jalan di DUN Semenyihseperti berikut:

     

    Tahun 2016 :

    • Cadangan lantikan kontraktor panel bagi kerja–kerja penyelenggaraan lampu jalan bagi kawasan ahlim majlis zon 15, zon 16 dan zon 17. RM300k (8/9/16 – 9/6/17)
    • Cadangan lantikan kontraktor panel bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan bagi kawasan ahli majlis zon 18 dan zon 19. RM300k (8/9/16 – 9/6/17)

    Tahun 2017 :

    • Kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan awam di Bandar Teknologi kajang bagi Program Bandar Selamat dibawah peruntukkan Kerajaan Persekutuan 2017. RM182.983.00 (19/6/17 – 30/7/17)
    • Kerja-kerja menaiktaraf lampu jalan di Taman Harmoni. RM42,364.00 (ISF) (25/9/17 – 5/11/17)
    • Cadangan lantikan kontraktor panel bagi kerja- kerja penggantian kabel lampu jalan bagi kawasan Ahli Majlis zon 15, zon 16, zon 17 RM 130k (21/9/17-31/12/17)
    • Cadangan lantikan kontraktor panel bagi kerja-kerja pengantian kabel lampu jalan bagi kawasan Ahli Majlis zon 18 dan zon 19 RM 130k (21/9/17 – 31/12/17)

     

    Tahun 2018 :

    • Cadangan lantikan kontraktor panel bagi kerja-kerja penyelenggaraan bagi zon 18 dan zon 19 RM350K (1/1/2018 – 31/2/2018)
    • Cadangan lantikan kontraktor panel bagi kerja – kerja penyelenggaraan bagi zon 15, zon 16 dan zon 17 RM350 (1/1/2018- 31/12/2018)
    • Kerja-kerja menaiktaraf lampu Jalan di Taman Harmoni dan panel meter di Taman Semenyih dan Bandar Tasik Kesuma, RM180K (26/7/2018 – 19/8/2018)
    • Kerja-kerja naiktaraf Lampu Taman/padang permainan di Taman Tan Sri Manikavasagam, Taman Pelangi Semenyih dan Bandar Rinching

    Seksyen . RM115K (26/7/2018 – 19/8/2018)

Lampiran

Tiada Lampiran.