Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

282) KESELAMATAN KAWASAN PBT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah orang yang telah direkrutkan menjadi ÓPolis KomunitiÓ sehingga kini mengikut PBT?

    PBT tidak merekrut seseorang menjadi Polis Komuniti, tetapi anggota yang terlibat sebagai pasukan kawalan keselamatan kejiranan terdiri daripada ahli jawatankuasa penduduk, rukun tetangga dan sebagainya. Sebagai contoh, di dalam program SEROJA, hanya AJK dan penduduk di pangsapuri tersebut sahaja yang terlibat untuk membuat kawalan keselamatan. Walau bagaimanapun, Bahagian Penguatkuasa PBT serta kerjasama pihak Polis juga terlibat dalam rondaan keselamatan dan pencegahan jenayah.

Lampiran

Tiada Lampiran.