Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

226) KESELAMATAN PELAJAR UITM DENGKIL

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina sebuah jejantas pejalan kaki serta ÔrailingÕ bagi mengelakkan kemalangan maut melibatkan pelajar di UiTM Dengkil?

    Jalan yang terlibat merupakan Jalan Persekutuan FT214 dan sehingga kini pejabat ini belum ada sebarang perancangan untuk membina jejatas di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor tiada halangan untuk mengkaji dan menyediakan anggaran kos untuk di pohon kepada Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.