Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

108) KESELAMATAN & PENGURANGAN KADAR JENAYAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk memperkasakan Pasukan Keselamatan Kampung (PKK).

    Program Pasukan Keselamatan Kejiranan ini telah dilancarkan sejak tahun 2013. Setakat ini program ini dijalankan dengan lancar dan aktiviti-aktiviti mereka dipantau oleh Pejabat Daerah masing-masing. Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2,460,000.00 bagi setiap Ketua Kampung Tradisi, Ketua Kg. Baru Cina dan Ketua Kaum India bagi pelaksanaan Program Pasukan Keselamatan Kejiranan ini.

    Kerajaan Negeri juga di dalam proses penyediaan peruntukan tambahan untuk disalurkan kepada Program Pasukan Keselamatan Kejiranan yang bergiat aktif. Kerajaan Negeri juga sedang berusaha untuk memastikan program Pasukan Keselamatan Kejiranan ini dapat dijalankan dengan lebih baik dengan kerjasama pihak polis. Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan kursus-kursus keselamatan am bagi memberi pendedahan yang lebih kepada JKKK yang terlibat di dalam program PKK ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.