Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

242) KESELAMATAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam menjamin keselamatan taman permainan di taman perumahan, mekanisme menerima maklum balas orang awam khususnya ibu bapa tentang keselamatan peralatan permainan serta langkah yang diambil ke atas pihak pemaju jika perlu

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai perancangan dalam menceriakan taman- taman permainan di seluruh PBT Selangor dengan ciri-ciri keselamatan dengan memperkenalkan rekabentuk yang memenuhi kehendak pengguna dari pelbagai peringkat umur. Usaha PBT dipertingkatkan lagi bagi menjamin keselamatan taman permainan dengan melaksanakan perkara seperti berikut :

     

    • Semakan ke atas keadaan peralatan permainan dilaksana pada setiap tahun bagi mengesan kerosakan dan pembaikan akan dilaksana melalui kontraktor tahunan yang dilantik berdasarkan peruntukan yang disediakan.

     

    • Rondaan berkala oleh wakil penduduk yang dilantik di setiap taman perumahan sebagai perantara PBT dan memaklumkan sekiranya berlaku kerosakan terhadap peralatan permainan ataupun penggantian alatan permainan lama dengan alatan yang baru supaya lebih selamat digunakan terutama oleh kanak-

     

    • Maklum balas orang awam boleh disalurkan kepada sistem aduan atau dikemukakan terus kepada pemaju sebaik sahaja ia diterima untuk diselesaikan. Dengan cara ini pemantauan adalah lebih menyeluruh dan aduan dapat dikurangkan melalui kerjasama di antara penduduk, pemaju dan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.