Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

2) KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan induk untuk kesenian, kebudayaan dan warisan?

    Semasa pembentangan Belanjawan Negeri Selangor pada 07 November 2019 yang lalu,  Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan bahawa Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) merupakan agensi yang diberi mandat bagi merangka, merancang dan melestarikan pembentukan Pelan Induk Pembangunan Seni Dan Budaya Negeri Selangor.

    Pembentukan Pelan Induk ini dilihat sebagai usaha Kerajaan Negeri dalam mengenengahkan identiti dan jati diri rakyat Selangor yang hidup secara harmoni walaupun berbeza ras, bangsa dan agama. Seterusnya mampu memelihara keunikan dan kepelbagaian budaya serta adat resam masing-masing. PADAT telah mengenal pasti dan mula memartabatkan identiti seni dan budaya Selangor meliputi elemen-elemen warisan ketara (tangible heritage) dan tidak ketara (intengible haritage) seperti berikut:-

    1. Semua aspek merangkumi kitaran hidup manusia semenjak ianya dilahirkan dan hingga kealam kematian.
    2. Amalan pemakanan
    3. Pakaian dan busana
    4. Hiburan muzik dan sebagainya
    5. Seni mempertahankan diri
    6. Amalan aktiviti pertanian dan sebagainya

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, bagi merealisasikan pembentukan Pelan induk ini, pihak PADAT telah mengadakan beberapa siri pertemuan bersama penggiat/ pengamal/ persatuan-persatuan/ agensi kerajaan dan swasta serta pihak akademik bagi mendapatkan maklumat dalam penyediaannya.

    Mengikut perancangan PADAT, hasil perolehan ini sepatutnya dibentangkan dalam Konvensyen Identiti Seni Dan Budaya yang dirangka akan diadakan pada hujung tahun 2020, tetapi terpaksa ditunda ketahun hadapan.

    Melalui pembentukan Pelan Induk ini adalah diharapkan ianya akan dapat membantu Kerajaan Negeri dalam usaha melahirkan sebuah masyarakat Selangor yang berbudaya tinggi, serta dijadikan sebagai teras kepada Selangor negeri maju dan modern mengikut acuan sendiri. Disamping itu elemen ini akan dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor industri pelancongan dan semua aktiviti hilirannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.