Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

195) KESESAKAN DI JALAN KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat cadangan pihak Kerajaan untuk menaiktaraf jalan tersebut?

     

    a), b) dan c)

    Merujuk kepada pelan yang disertakan (Lampiran A), jalan yang dimaksudkan sebenarnya adalah Jalan Kg Melayu Sungai Buloh dan Jalan Pusat Makmal Kesihatan di mana ianya ditandakan dengan warna kuning. Hasil pemantauan pejabat ini mendapati jalan tersebut ada mengalami isu kesesakan di Jalan Kampung Melayu Sungai Buloh kerana sepanjang jalan tersebut adalah kawasan perumahan dan terdapat juga perumahan yang baru di hujung jalan berkenaan ( luar had senggaraan JKR) yang menggunakan jalan ini sebagai jalan utama.

    Hasil pemantauan juga mendapati jalan yang dikenali sebagai Jalan Kusta juga memang mengalami kesesakan yang agak teruk kerana disitu terdapat Kawasan Industri Kg Jaya, Sungai Buloh. Sungguhpun begitu jalan tersebut adalah diluar had penyenggaraan JKR Gombak.

    Kesimpulannya pihak JKR Gombak ada mempunyai perancangan jangka panjang untuk menaiktaraf jalan Kg Melayu Sg Buloh. Bagi tempoh jangka pendek, pihak JKR Gombak akan mengadakan kajian trafik bagi mendapatkan justifikasi bagi memohon kerja-kerja menaiktaraf jalan berkenaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.