Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

57) KESESAKAN DI KAWASAN PERSIMPANGAN SG BESI EXPRESSWAY E9 DAN LEBUHRAYA SILK E18

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menyelesaikan isu kesesakan di kawasan Persimpangan Sg Besi Expressway E9 dan Lebuhraya SILK E18?

    Kementerian Kerja Raya (KKR) sedia maklum akan masalah kesesakan yang dihadapi oleh pengguna di Lebuhraya kajang Silk dan Lebuhraya Sg. Besi. Kedua-dua buah lebuh raya ini merupakan sebuah lebuh raya dengan sistel tol terbuka (open toll system). Masalah kesesakan yang dihadapi di lebuh raya ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah kenderaan yang melaluinya terutamanya pada waktu puncak. Keadaan ini disebabkan oleh pembangunan pesat yang berlaku di kawasan sekitar dan lebuh raya berkenaan merupakan antara laluan utama menuju ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

     

    Lebuhraya Sg. Besi

    Kajian mengenai kesesakan yang berlaku dari Persimpangan Seri Kembangan ke Persimpangan Balakong telah dilaksanakan pada tahun 2018. Hasil kajian berkenaan, Syarikat Konsesi iaitu Besraya Sdn Bhd (BESRAYA) telah melaksanakan tindakan pembaikan jangka pendek pada Mac 2019 iaitu menaiktaraf jalan ‘single wide lane’ kepada 2 (dua) lorong di hadapan MINES dan ianya didapati telah mengurangkan jarak menunggu (queue) di lokasi berkenaan. Untuk penyelesaian jangka Panjang, penyelarasan mengenai tindakan  yang akan dilaksanakan antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), BESRAYA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah diperlukan bagi memastikan penambahbaikan yang dilakukan adalah secara menyeluruh. LLM dan BESRAYA akan terus memantau situasi trafik di kawasan berkenaan sehingga tindakan penambahbaikan selanjutnya dilaksanakan.

     

     

     

     

    Lebuhraya Kajang SILK

    Tindakan penambahbaikan jangka pendek yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah kesesakan adalah mengaktifkan laluan tidal di antara Plaza  Tol Sungai Ramal ke Persimpangan Uniten bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan berkenaan pada waktu pagi dan petang. Untuk penyelesaian jangka Panjang, Syarikat Konsesi iaitu Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK) telah diarahkan untuk menaiktaraf laluan berkenaan dan kerja naiktaraf akan dilaksanakan secara berperingkat setelah rekabentuk berkenaan dimuktamadkan.

     

    Sumber : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Lampiran

Tiada Lampiran.