Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

4) KESESAKAN JALAN KELUAR DARI SAUJANA UTAMA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan JKR untuk mengatasi kesesakan simpang keluar Saujana Utama?

    Pihak JKR Selangor telah mensyaratkan kepada pemaju Sime Darby Elmina Development Sdn. Bhd. untuk menaiktaraf persimpangan tersebut dengan pembinaan lorong tambahan dan pemaju KL-Kepong Country Homes Sdn. Bhd. untuk membina persimpangan bertingkat didalam Kebenaran Merancang (KM) untuk menaiktaraf simpang Jalan Persekutuan FT54 ke Saujana Utama.

Lampiran

Tiada Lampiran.