Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

114) KESESAKAN JALAN MERU KE PUNCAK ALAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan untuk jangka pendek dan panjang bagi mengatasi kesesakan jalan ini?

    Jalan Meru merupakan jalan utama yang menghala dari pekan Klang ke Puncak Alam serta mempunyai gabungan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Jajaran yang terlibat adalah Jalan Persekutuan FT 3217 sepanjang 9.7km, Jalan Meru Tambahan (Jalan Negeri) B1 sepanjang 6.7km, Jalan Persekutuan FT1210 (Jalan Felda Bukit Cerakah) sepanjang 7.9km dan seterusnya menyambungkan ke Jalan Persekutuan FT 054 (Jalan Kuala Selangor). Jumlah panjang keseluruhan ialah 24.3km.

    Kesesakan Jalan Meru ke Puncak Alam adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

    1. Kadar Trafik yang tinggi terutamanya di waktu puncak yang boleh mencecah sehingga 10,000 unit kenderaan sejam (passenger car unit per hour, pcu/hr)
    2. Keadaan jalan-jalan yang rosak dan beralun disebabkan melebihi jangka hayat rekabentuk (20 tahun).
    • Terdapat sebanyak 39 persimpangan yang berdekatan antara satu sama lain. iv) Kewujudan gerai, kedai dan bengkel haram di dalam rizab jalan JKR. v) Kehadiran kenderaan berat terutamanya pada waktu puncak.
    1. vi) Kenderaan berat yang diletakkan secara tidak tersusun dibahu jalan.

    Oleh itu, perancangan untuk mengatasi kesesakan trafik bagi program jangka pendek dan jangka panjang telah dirangka seperti berikut:

              Jangka Pendek:

    1. Menaiktaraf Jalan dari Pekan Meru ke Puncak Alam, sepanjang 6.7km (dalam pembinaan – dijangka siap Oktober 2015).
    2. Menaiktaraf Jalan Paip sepanjang 1.7km (dalam pembinaan – dijangka siap Oktober 2013).
    • Perancangan “Traffic Dispersal’’ iaitu menaiktaraf Jalan Haji Manan Fasa 1 & Fasa 2 dimana Fasa 1 telah pun siap pada April 2011 dan Fasa 2 akan bermula pada Oktober 2013.
    1. Menaiktaraf persimpangan di sepanjang Jalan Persekutuan dari Pekan Meru ke Klang Sentral.
    2. Menyambungkan Jalan Sg. Puloh ke Jalan Meru.
    3. Mencadangkan kepada pihak PBT (MPK dan JPJ) untuk membuat penguatkuasaan ke atas gerai-gerai haram yang dibina dan juga kenderaan berat yang diletakkan di bahu jalan.

             Jangka Panjang:

    1. Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT 3217 dan FT 1210.
    2. Membina persimpangan bertingkat di Jalan Haji Manan dan Jalan Meru.
    • Pembinaan Lebuhraya Pantai Barat menjadi salah satu alternatif bagi penyuraian trafik di kawasan Meru termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan FT 3217 berdekatan dengan Bandar Bukit Raja.
    1. Membina jalan dari Jalan Kenanga ke Persiaran Setia Alam.

Lampiran

Tiada Lampiran.