Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

170) KESESAKAN LALU LINTAS DAN KEKURANGAN PARKING DI KAWASAN KOMERSIAL SS15

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh MPSJ untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang bertambah teruk dan kekurangan parking di kawasan komersial SS15?

    Jumlah petak parkir ‘on street’ di kawasan komersial SS 15 adalah sebanyak       2,419 petak. Bagi menambah bilangan parkir sedia ada, MPSJ telah membina             sebuah bangunan tempat letak kenderaan bertingkat (4 tingkat) yang telah siap           sepenuhnya pada Julai 2017 dan hanya mampu menampung sebanyak 583        kenderaan.

    Kesesakan lalulintas berlaku disebabkan kawasan komersial SS 15 Subang Jaya    menjadi tumpuan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan perbankan,     perniagaan yang menarik ramai pelanggan seperti restoran bubble tea, kedai       makan, kedai telefon bimbit, aksesori dan lain-lain. Kawasan ini menjadi        tumpuan sepanjang masa dan perniagaan semakin maju mengakibatkan aliran            trafik menjadi kritikal pada waktu puncak sehingga lewat malam.

    Peningkatan yang mendadak pertumbuhan perniagaan minuman viral ‘bubble tea’ di kawasan SS 15 terutamanya di Jalan SS 15/4 telah menambahkan lagi    kesesakan dengan peletakan kenderaan secara bertindih (double parking) yang           mengakibatkan kesesakan yang panjang sehingga Jalan Jengka.

    Dalam usaha menangani masalah ini MPSJ melaksanakan tindakan seperti berikut:

    Tindakan Jangka Masa Pendek

    i) Membuat kawalan trafik dan menempatkan anggota penguatkuasa di kawasan tersebut.

    ii) Menempatkan anggota tunda bagi mengambil tindakan serta merta di tapak.

    iii)  Tindakan penguatkuasaan bersama pihak Polis Trafik IPD Subang Jaya juga ada dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk mengurangkan masalah aliran trafik yang tinggi.

    Tindakan Jangka Masa Panjang

    i) Membuat rejuvernasi koordinasi petak

     

    ii) Mengaplikasikan kadar bayaran mengikut Zon

Lampiran

Tiada Lampiran.