Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

227) KESESAKAN LALU LINTAS DI PERSEKITARAN LEBUH RAYA LDP DAN KESAS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapa persimpangan baru yang telah dirancangkan di Lebuhraya LDP dan KESAS?

    Hasil daripada maklumat yang diperolehi, pihak konsesi Lebuhraya LDP dalam perancangan bagi membina enam (6) persimpangan bertingkat baru di Kelana Jaya, PJS7 & PJS9, IOI (persimpangan bertingkat pusingan-U), Taman

    Perindustrian Puchong, dan Kg. Bharu Puchong. Manakala pihak konsesi Lebuhraya KESAS memaklumkan tiada sebarang cadangan bagi membina persimpangan baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.