Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

182) KESESAKAN LALU LINTAS DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di bandarbandar?

    Isu kesesakan lalu lintas merupakan salah satu isu yang acap kali dibangkitkan terutama oleh penduduk di kawasan bandar. Menyedari perkara ini, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif:

    Penyediaan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) sebagai satu dokumen asas ke arah mewujudkan perancangan pengangkutan awam yang komprehensif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Negeri Selangor. Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) merupakan dokumen yang komprehensif dan lengkap untuk dijadikan panduan dan hujahan ke atas pendirian Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan nisbah pengangkutan awam kepada penggunaan kenderaan persendirian iaitu 60:40 dan akan memberi lakaran dan alternatif baru jajaran dan jalinan pengangkutan awam supaya Kerajaan Negeri dapat membantu merangka sistem pengangkutan awam yang menepati keadaan semasa dan kehendak rakyat Negeri Selangor.

    Penyediaan pengangkutan awam secara percuma melalui perkhidmatan Bas Smart Selangor yang bermula di kawasan bandar yang kemudiannya telah diperluaskan ke kawasan luar bandar. Perkhidmatan yang telah dilaksanakan bermula 1 Julai 2015 terus diyakini memberikan impak positif kepada rakyat Selangor berkaitan sistem perkhidmatan awam yang lebih dominan dan selesa. Pelaksanaannya telah membuahkan hasil dengan lebih 3 juta penumpang menggunakan perkhidmatan tersebut di seluruh negeri sehingga bulan September 2016 sejak ianya dilancarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.