Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

165) KESESAKAN LALULINTAS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha pihak Kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Persimpangan Lebuhraya Cheras-Kajang/Bandar Mahkota Cheras/Bandar Tun Hussein Onn

    Pihak MPKj telah mengemukakan surat kepada pihak LLM dan Grand Saga Sdn. Bhd. berhubung dengan cadangan penambahbaikan persimpangan Bandar Mahkota Cheras dari 6 Persimpangan ke 4 persimpangan pada 21 / 1/ 2014. Selain daripada itu, pihak MPKj telah mengemukakan cadangan laluan alternatif baru iaitu dari jalan susur Cheras Lama (berhampiran jambatan baru di Batu 11, Cheras) ke Lebuh raya Grand Saga. Cadangan Jalan ini adalah untuk kenderaan berat dari kawasan Industri Budiman menggunakan laluan tersebut tanpa melalui persimpangan lampu isyarat di Bandar Mahkota Cheras. Surat ulangan kepada LLM telah dikeluarkan pada 19/5/2014 untuk mendapatkan status terkini berhubung isu tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.