Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

186) KESESAKAN LALULINTAS DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jalan-jalan utama yang mengalami kesesakan lalu lintas di Negeri Selangor

    Jalan utama yang sesak dalam Kontinjen Selangor

     

    Lebuhraya Dalam Selangor

     

    BIL. LEBUHRAYA LOKASI
    1. Lebuhraya Persekutuan Kedua-Dua Arah
    2. Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) Kedua-Dua Arah
    3. Lebuhraya Damansara-Puchong Arah Subang Jaya Ke Puchong
    4. Lebuhraya Elite Putrajaya Ke Tol Ebor
    5. Lebuhraya Guthrie  
    6. Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kedua-Dua Arah
    7. Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) Dari Plaza Tol Hingga Pusat Bandar Shah Alam

     

    Jalan Utama

     

    BIL. DAERAH LOKASI
    1. Shah Alam – Jalan Kontraktor/ Glenmarie

    – Jalan Padang Jawa

    -Bulatan Sejahtera – Persiaran Tengku Ampuan

    2. Serdang – Jalan Puchong Jaya
    3. Ampang – Jalan Ampang
    4. Subang Jaya – Persiaran Kewajipan Ke Bulatan Kewajipan
    5. Gombak – Jalan Kuching Ke Jalan Ipoh

    – Lebuhraya Lingkaran Tengah 2

    6. Klang Selatan – Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (Kedua-dua Arah)

     

    Punca-punca kesesakan lalu lintas

     

    1. Limpahan alira trafik dari kedua-dua arah semasa pergi dan balik kerja
    2. ‘Bottleneck’
    3. Kedudukan lampu isyarat utama yang berdekatan antara satu sama lain
    4. Jalan dalam pembaikan/ pembinaan
    5. Kedudukan sekolah atau pusat komersial yang berdekatan dengan jalan utama/ lebuhraya
    6. Sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalanraya seperti memandu melulu, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.