Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

95) KESESAKAN LALULINTAS DUN BANDAR UTAMA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha dan rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan DUN Bandar Utama seperti Lebuh Bandar Utama - Damansara Link (terutamanya apabila kesesakan lalu lintas akan bertambah dengan projek pembinaan LRT 3)?

    Langkah-langkah Majlis di dalam mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan pembinaan LRT3 Bandar Utama adalah seperti berikut:-

    1. Pelebaran Jalan Tropicana Selatan
    2. Jalan Tropicana Selatan hendaklah dilebarkan kepada 3 lorong, 1 lorong ke kanan dan boleh keluar ke Lebuhraya SPRINT ke arah pembangunan BUCC dan ke stesen LRT.
    3. Menukar Priority Jumction di Jalan Tropicana Selatan
    4. Menukar Priority Junction di Jalan Tropicana Selatan kepada pembinaan bulatan roun about beserta garisan jalan mengikut piawaian Majlis.
    5. Kedudukan ‘Pier’ Tidak Mengganggu Cadangan Terowong
    6. Memastikan kedudukan ‘pier’ bagi jajaran guideway tidak menggangu cadangan terowong yang akan dibina oleh pihak pemaju Bandar Utama untuk masuk terus ke pembangunan Bandar Utama Capitol diantara pagar sekolah dengan ramp naik ke interchange yang menyambungkan kedua-dua belah Lebuh Bandar Utama.
    7. Mengadakan Petak Letak Bas, Petak Tempat Letak Teksi, Petak Tempat Letak Kereta Persendirian Di Kawasan ‘Park & Ride’
    8. Mengadakan 4 petak letak bas, 10 petak tempat letak teksi, 10 petak tempat letak kereta persendirian di dalam kawasan ‘park & ride’ di stesen LRT3.

Lampiran

Tiada Lampiran.