Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

54) KESESAKAN LALULINTAS – PERSIARAN CAKERAWALA SEKSYEN U5

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan bahawa persiaran tersebut tidak mengalami masalah kesesakan lalulintas yang kerap berlaku kerana jalan sempit?

    Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Getah Malaysia untuk cadangan membina jalan alternatif baru memandangkan sebahagian rezab Persiaran Cakerawala telah menjadi tapak warisan negara. Pihak Lembaga Getah Malaysia telah mencadangkan pembinaan jalan alternatif baru iaitu Persiaran Camargoana yang melalui kawasan Lembaga Getah Malaysia dan bersambung ke pembangunan Kwasa Land. Kebenaran merancang projek tersebut telah diluluskan pada 6 Disember 2017. Status terkini projek tersebut masih di dalam tindakan Lembaga Getah Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.