Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

266) KESESAKAN LALULINTAS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa projek yang melibatkan kesesakan lalu lintas berjalan lancar dan mengikut jadual seperti dalam kebenaran merancang.

    Untuk memastikan projek pemaju (swasta) berjalan lancer dan mengikut jadual adalah diluar kawalan kerajaan.

    Selaras dengan Hasrat Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan dan mesra terhadap pembangunan yang mampan, JKR Selangor juga seiring dengan aspirasi tersebut. Justeru itu, berdasarkan kepada Arahan Teknik Jalan Bagi Pembangunan Tepi jalan (ATJ 3/2011), kajian impak trafik hendaklah dijalankan bagi mengkaji serta menganalisa keadaan semasa trafik di kawasan pembangunan bagi keadaan ‘ tanpa pembangunan’ dan ‘dengan pembangunan’ serta mengunjurkan trafik 10 tahun selepas projek disiapkan. Jika kajian mendapati mana-mana persimpangan mahupun mana-mana (mid block) jalan yang mengalami impak terus dari pembangunan jatuh ke tahap ‘level of service’ (LOS) E atau F maka Perunding Trafik yang dilantik pemaju hendaklah mengesyorkan mitigasi sekurang-kurangnya LOS C atau D seperti menaiktaraf persimpangan secara ‘at grade’ (penambahan Lorong, naiktaraf ‘junction configuration’) atau secara ‘grade separated’ (propose new flyover or interchange).

Lampiran

Tiada Lampiran.