Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

211) KESESAKAN RUMAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang boleh dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri atau PBT untuk mengatasi masalah kesesakan rumah, terutamanya pekerja asing, contohnya 30 pekerja tinggal di dalam satu rumah teres

    Seksyen 79, Akta Kerajaan Tempatan 1976  (Akta  171)  memperuntukkan  sesebuah rumah boleh dianggap “penuh sesak” hingga mendatangkan bahaya atau mudarat kepada penduduknya jika rumah tersebut atau bilik dalam rumah tersebut didapati diduduki lebih daripada kadar seorang dewasa bagi tiap-tiap 350 kaki padu luang bersih. Bagi orang berumur 10 tahun dan ke atas hendaklah disifatkan sebagai dewasa dan 2 orang berumur bawah 10 tahun boleh dianggap seorang dewasa.

     

    Garis panduan mekanisma menentukan bilangan kapasiti penyewa bagi premis- premis di negeri Selangor telah diluluskan melalui keputusan MMKN ke 32/2007 bertarikh 5 Disember 2007. Oleh itu, aduan berkenaan penyewa warga asing boleh dikemukakan kepada semua PBT Selangor dan aduan hendaklah jelas dengan butiran-butiran yang lengkap.

Lampiran

Tiada Lampiran.