Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

267) KESESAKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah kemudahan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang tidak mencukupi di negeri Selangor?

    Keperluan kemudahan SRA sememangnya tinggi bagi sesebuah negeri yang ramai penduduk dan maju. Namun, JAIS bersama Kerajaan Negeri cuba memastikan keperluan kemudahan tersebut dipenuhi dengan rancangan pembangunan yang telah disusun setiap 5 tahun melalui Rancangan Malaysia (RMK). JAIS sentiasa mengenal pasti keperluan kemudahan SRA dari masa ke semasa dan melaksanakan mengikut keutamaan dan juga peruntukan yang telah diluluskan

Lampiran

Tiada Lampiran.