Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

86) KESESAKAN TRAFIK

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan untuk meleraikan kesesakan trafik akut di kawasan Sungai Tangkas Bandar Baru Bangi akibat kesempitan jalan keluar masuk ke kawasan itu yang tidak seimbang dengan kepesatan pembangunan perumahan di kawasan tersebut?

    Pihak MPKj mempunyai cadangan jangka panjang bagi menaiktaraf Jalan Reko, Persiaran KWSP dan jejambat KTMB. Mesyuarat dan pembentangan cadangan projek telah diadakan pada 9 Oktober 2018 bersama beberapa pemaju dan perunding yang dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua MPKj. Pihak perunding telah meminta mengkaji semula rekabentuk cadangan yang dibentangkan serta mengemukan kos mengemukakan kos cadangan projek dengan mengambilkira kos pengambilan tanah dan yuran perunding.

Lampiran

Tiada Lampiran.