KESIHATAN
53) KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah peserta yang memperolehi manfaat melalui program SKW dan kos yang dibelanjakan mengikut daerah.
Kerajaan Negeri komited dan mengambil berat perihal kesihatan rakyat di Negeri Selangor. Golongan wanita merupakan penyumbang besar ke atas kesejahteraan negeri. Justeru itu, Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang telah dilancarkan semenjak tahun 2010 masih giat dilaksanakan sehingga kini. Sehingga September 2015 seramai 20,299 orang peserta telah menikmati manfaat menerusi program SKW ini dengan perbelanjaan secara keseluruhannya sebanyak RM1,950,880.00. Berikut adalah merupakan pecahan penerima manfaat mengikut daerah :-
DAERAH
JUMLAH PENERIMA MANFAAT (ORANG) PETALING 3,276 KLANG 2,820 GOMBAK 1,979 HULU LANGAT 1,553 SEPANG 761 KUALA LANGAT 2,888 KUALA SELANGOR 1,925 SABAK BERNAM 2,691 HULU SELANGOR 954 (Sumber dari Rantaian Mesra Sdn. Bhd (RMSB)
Data sehingga Jun 2015)
