Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

81) KESIHATAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam kita yang sedang dilanda wabak denggi ini khususnya di Negeri Selangor. Apakah pendekatan atau kaedah yang diambil untuk menanganinya?

    Antara pendekatan dan kaedah yang diambil bagi menangani wabak denggi adalah seperti di bawah :-

    1. Memberi penekanan dalam pendidikan kesihatan kepada masyarakat serta agensi/ badan yang berkaitan tentang pencegahan jangkitan denggi melalui konsep ‘Kebersihan Setiap Hari, Setiap Masa & Di Mana Jua (“Everyday Cleanliness, Everytime, Everywhere”) .
    2. Mempromosi serta menggalakkan penubuhan skuad denggi dan pasukan COMBI (‘Communication For Behavioral Impact’) dikalangan persatuan penduduk, agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempertingkatkan penglibatan masyarakat tempatan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi saperti ‘gotong-royong’, pemeriksaan rumah untuk tempat pembiakan nyamuk Aedes dan pembuangan sampah secara teratur.
    3. Melaksanakan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia diadakan di semua daerah yang mengalami wabak denggi dengan tujuan utama mesyuarat adalah untuk meningkatkan koordinasi pelbagai agensi kerajaan/ bukan kerajaan/ NGO dan persatuan penduduk untuk mengatasi fakto risiko pembiakan nyamuk Aedes di lokaliti wabak denggi. Disamping itu, di peringkat Kerajaan Negeri Mesyuarat Wabak Denggi Mingguan (Dipengerusikan oleh Dato’ Teng) dilaksana bagi merencana serta memantau aktiviti kawalan denggi serta pencegahan oleh Pihak Berkuasa
    4. Menjalankan langkah-langkah kawalan denggi, saperti semburan kabus dan larvisiding apabila kes denggi dilaporkan oleh klinik/ hospital kerajaan & swasta.
    5. Bekerjasama dengan sekolah-sekolah melalui Program Bebas Denggi Sekolah oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Program Khas yang dianjur oleh setiap PBT untuk memberi kesedaran serta memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di semua sekolah-sekolah.
    6. Penguatkuasaan undang-undang, dengan kompaun minima RM 500, terhadap semua premis yang dikesan positif untuk pembiakan nyamuk Aedes. Ini juga termasuk penutupan tapak binaan yang didapati positif untuk pembiakan nyamuk Aedes.

Lampiran

Tiada Lampiran.