KESIHATAN
10) KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kebelakangan ini pejabat ADUN Kota Damansara telah menerima beberapa aduan tentang kebersihan, sampah berbau busuk dan dihurung lalat serta tikus. Senaraikan denda yang telah dikeluarkan oleh pihak PBT terhadap mereka yang bertanggungjawab tentang kebersihan kawasan dan bangunan.
Perkhidmatan pembersihan di kawasan perumahan kos rendah di Kota Damansara
dijalankan oleh pihak pengurusan yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Jenis kompaun yang telah dikeluarkan oleh Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk
tahun 2009 adalah seperti berikut:-
BIL JENIS BIL.
KOMPAUN
i) UUK 6 PSS MBPJ 09 – Tidak menggunakan tong
sampah sempurna.
– Kediaman
– Premis Perniagaan
– Kilang
25
39
0
ii) Sek. 47 (1)(A) Akta 133 – Membuang sampah sarap
dan sisa binaan seperti simen keras, batu-batu,
kayu, jubin dan lain-lain di belakang kedai.
– Premis Perniagaan 10
iii) UUK 5 PPPSS (MBPJ 2009) – Melonggok sampah
sarap, kayu-kayu, perabot lama.
– Kediaman
– Premis Perniagaan
– Kilang
5
13
0
