Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

120) KESIHATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat sebidang tanah yang telah dikhaskan untuk pembinaan sebuah hospital kerajaan di kawasan Bukit Rotan di DUN Bukit Melawati. Persoalannya ialah Adakah apa-apa rancangan untuk membina sebuah hospital di kawasan ini dan bila pembinaan ini dijangka berlaku?

    Untuk makluman V.B., tiada sebarang perancangan untuk membina hospital di kawasan Bukit Rotan di DUN Malawati. Sebaliknya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membina Hospital Kuala Selangor yang terletak di Lot 2, CT 12922, Sungai Terap di Mukim Ujong Permatang di atas tanah seluas 40 ekar. Siling projektersebut telah diperuntukkan sebanyak RM85 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Walau bagaimanapun, di dalam Kajian Separuh Penggal (Mid-Term Review) baru-baru ini, Bahagian perancangan dan Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan projek tersebut sebagai projek token dan ditangguhkan sehingga 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.