Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

61) KESIHATAN (DENGGI)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya denggi?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telah menjalankan kempen
    kesedaran denggi kepada masyarakat melalui media elektronik iaitu hebahan awam melalui Selangor FM setiap Selasa jam 3.30 – 4.00 pm bagi bulan April hingga Jun 2008. Kempen melalui media cetak dengan mengedar risalah poster, kad adan banner mengenai denggi dan cara-cara pencegahan di lokaliti bermasalah. Sepanjang Januari hingga Jun 208, sejumlah 101,683 bahan pendidikan berbagai-bagaijenis telah diedarkan kepada orang awam.

    Hebahan awam dan penyampaian maklumat kepada orang awam juga
    dilaksanakan melalui bacaanteks khutbah Jumaat di seluruh Masjid di Selangor. Hebahan melalui unit bergerak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan di lokaliti bermasalah. Maklumat juga disampaikan melalui kaedah bersemuka oleh anggota Jabatan Kesihatan Negeri Selangor semasa memberi nasihat individu, perbincangan kumpulan kecil, dialog dan tunjuk cara.

Lampiran

Tiada Lampiran.