Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

6) KESIHATAN KANAK-KANAK

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan memandang serius berkenaan pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak di Negeri Selangor?

    Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui pemberian vaksin seperti yang disenaraikan di dalam Jadual Imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia  adalah seperti berikut;-

    1. i) Tuberkulosis (TB)
    2. ii) Difteria

    iii) Tetanus

    1. iv) Pertussis
    2. v) Haemophilus Influenzae type B
    3. vi) Measles (campak)

    vii) Mumps (Beguk)

    viii) Rubella

    1. x) Hepatitis B
    2. xi) Polio

    xii) Japanese Encephalitis (JE)

    xiii) Human Papilomavirus (HPV)

    Berdasarkan konsep Kesihatan Awam, pencegahan hanya boleh berlaku sekiranya 95% di kalangan komuniti mempunyai imuniti yang diperoleh melalui pemberian vaksin tersebut. Oleh yang demikian, Jabatan Kesihatan perlu memastikan pengambilan vaksin ini dilaksanakan di dalam komuniti mengikut jadual yang ditetapkan untuk memastikan komuniti selamat dan tiada penularan penyakit berjangkit seperti difteria, measles dan lain-lain.

    Kerajaan memandang serius isu keciciran dan penolakan pengambilan vaksin ini dan telah mengambil pelbagai inisiatif seperti berikut:

    • Sistem pengesanan kes cicir imunisasi (Defaulter Tracing System) di mana kanak-kanak yang cicir imunisasi akan dikesan melalui lawatan ke rumah oleh anggota jururawat.
    • Pelaksanaan aktiviti mopping-up dan Supplementary Immunisation Activity (SIA) di kawasan yang mempunyai kes/wabak penyakit cegahan vaksin di mana semua kanak-kanak cicir imunisasi di kawasan tersebut diberikan imunisasi dengan serta-merta di tempat kediaman masing-masing.
    • Kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Menjalin kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di semua taska di negeri Selangor bagi mengenalpasti kanak-kanak yang cicir imunisasi. Pemantauan juga difokuskan kepada pusat-pusat kebajikan yang mengendalikan jagaan kanak-kanak.

    • Kerjasama dengan Fasiliti Kesihatan Swasta

    Meningkatkan kerjasama dengan Fasiliti Kesihatan Swasta bagi meningkat promosi kepentingan suntikan vaksin di kalangan ibu-bapa.

Lampiran

Tiada Lampiran.