Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

56) KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif KNS untuk memupuk kesedaran dan mendidik masyarakat khususnya dikalangan wanita melalui peruntukan 1juta yang telah di sediakan?

    Tuan Speaker,

    Soalan a), b) dan c) dijawab bersekali

    Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM1 juta di dalam Belanjawan Negeri Selangor tahun 2018 untuk melaksanakan Program Kesihatan Mental. Kerajaan Negeri Selangor telah mempunyai Pusat Kaunseling Selangor (Talian Sahabat) yang memberikan khidmat psikologi dan kaunseling kepada masyarakat awam negeri Selangor. Seramai 35 orang Kaunselor Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia bagi membantu klien yang memerlukan. Ketika ini terdapat 5 lokasi bilik kaunseling yang mengikut standard perkhidmatan kaunseling iaitu :

     

    • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri – Tingkat 3 dan 7;
    • Kompleks PKNS Shah Alam – Tingkat LG;
    • Majlis Perbandaran Selayang;
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya; dan
    • Majlis Perbandaran

     

    Salah satu program yang dilaksanakan adalah Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang memfokuskan untuk membantu rakan sekerja yang dalam keadaan kurang bermotivasi, kemurungan dan lain-lain.sehingga kini, jumlah AKRAB di negeri Selangor mencecah 500 orang.

    Terdapat juga perkhidmatan kaunseling kepada semua Penjawat Awam Negeri Selangor yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Selain itu, Program Khidmat Cemerlang dianjurkan khusus kepada pegawai dan kakitangan yang bermasalah disiplin dan kurang bermotivasi. Modul yang digunakan adalah Dinamik Kelompok dan Kelompok Psikopendidikan.

    Satu Inventori Psikologi turut dilaksanakn kepada Penjawat Awam Negeri Selangor bagi menilai tahap kesejahteraan psikologi. Sekiranya terdapat pegawai yang didapati berada dalam keadaan Depression, pegawai tersebut akan diminta menjalani sesi kaunseling khusus bagi mengatasinya.

    Selain itu, Program Bicara Psikologi kerap kali diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kesejahteraan psikologi dan akan diperkembangkan lagi ke peringkat lebih luas.

Lampiran

Tiada Lampiran.