Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

188) KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan temu janji yang diaturkan melalui laman sesawang aturan Temu janji Perkhidmatan Kaunseling (e-psy) Negeri Selangor sejak bulan Januari 2020.

    Bilangan Temujanji yang telah diaturkan melalui laman sesawang aturan Temujanji Perkhidmatan Kaunseling (E-Psy) bermula Januari adalah seramai 32 orang klien (6 lelaki, 26 perempuan)

    Bilangan keseluruhan klien yang mendapatkan khidmat kaunseling adalah   seramai 155 orang, ini adalah jumlah klien yang hadir termasuk

    • Sesi sukarela (temujanji melalui Panggilan Telefon, Whatsapp dan FB)
    • Sesi sukarela (walk-in)
    • Klien dirujuk
    • Klien atas talian

     

    Manakala jumlah keseluruhan sesi yang telah dijalankan bermula bulan Januari sehingga Jun 2020 adalah sebanyak 289 sesi.

Lampiran

Tiada Lampiran.