Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

8) KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jenis sokongan yang akan diberi oleh Kerajaan Negeri berkenaan usaha untuk mendapatkan lindungan insurans bagi penyakit mental.

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk mendapatkan atau memberikan perlindungan insurans bagi penyakit mental. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, syarikat insurans di negara ini digalakkan untuk mengkaji dan menyediakan kemudahan insuran kesihatan mental memandangkan tiada lagi kemudahan seumpanyanya ditawarkan.

    Walaubagaimanapun, terdapat kemudahan rawatan dan pemulihan yang disediakan di peringkat Kementerian di hospital dan klinik bagi pesakit mental yang dikenalpasti.

Lampiran

Tiada Lampiran.