Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

223) KESIHATAN ORANG ASLI HULU KEMENSAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada awal tahun 2009 terdapat ramai penduduk Orang Asli di Kg Hulu Kemensah telah jatuh sakit dan demam. Di bawah program apakah (sama ada Pusat atau Kerajaan Negeri) khidmat kesihatan Orang Asli dijalankan?

    Sepanjang tahun 2009, Jabatan Hal Orang Asli bersama Bahagian Kesihatan dan perubatan JHEOA Gombak telah melajalankan pelbagai aktiviti, kempen, rawatan dan perkhidmatan kesihatan dilaksanakan di perkampungan Orang Asli ke seluruh Negara di semenanjung.

    Berhubung dakwaan  terdapat ramai penduduk orang Asli yang jatuh sakit dan demam  sebagaimana  diajukan oleh YB. ADUN Hulu Klang  di KOA Hulu Kemensah. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selangor melalui Pegawai Hal Ehwal Orang Asli Daerah Gombak telah membuat rujukan di Hosipal  JHEOA di  Km 24 Gombak dan pihak Hospital Jabatan telah menghantar unit bergerak membuat lawatan dan rawatan kepada penduduk.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.