Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

65) KESIHATAN UNTUK RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rakyat yang sihat merupakan aset negara. Kerajaan ini sudah pun memulakan beberapa program Kesihatan untuk rakyat negeri ini. Apakah perkembangan program untuk menyediakan Perlindungan Insurans Kesihatan untuk semua warga Selangor yang miskin ?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum berhasrat untuk menyediakan Perlindungan Insurans Kesihatan untuk semua warga Selangor yang miskin. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri telah menyediakan Program Bantuan Kesihatan Negeri Selangor kepada rakyat miskin. Program Bantuan Kesihatan ini adalah merupakan bantuan kos rawatan bagi pembedahan kecil, dialisis buah pinggang, katarak mata dan lain-lain jenis permohonan yang berkaitan kesihatan contohnya peralatan sokongan anggota badan dan ubat-ubatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.