Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

194) KESIHATAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah peserta yang telah mengikuti program memogram Kerajaan Selangor bagi tempoh tahun 2013-2015?

    a) dan b)

     

    Kerajaan Negeri komited dan mengambil berat perihal kesihatan rakyat di Negeri Selangor. Golongan wanita merupakan penyumbang besar di atas kesejahteraan negeri. Justeru itu, Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang telah dilancarkan semenjak tahun 2010 masih giat dilaksanakan sehingga kini.

    Sebagai makluman semua, bagi tahun 2013 hingga September 2015 terdapat seramai 2,656 orang peserta yang telah menerima manfaat dari program SKW dengan perbelanjaan sebanyak RM242,370.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.