Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

24) KESUSAHAN ADUN AKSES KEPADA POLISI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Fungsi Dewan Undangan Negeri adalah untuk check and balance pihak berkuasa negeri agar negeri dapat menghala ke arah yang sentiasa mementingkan semua pihak. Polisi-polisi baru atau sebarang pindaan dalam kerajaan negeri, contohnya Pekeliling Tanah dan Galian Selangor Bil (1)/2008, Bil (2)/2008 dan Bil (3)/2008 tidak dapat disampaikan kepada rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat berasa amat keliru kerana pejabat tanah tidak memberi maklumat yang secukupnya kepada mereka. Kegagalan untuk membawa maklumat kepada asas masyarakat dapat menyebabkan ketidakpuasan rakyat. ADUN juga sukar mendapat informasi sedemikian dan seterusnya membantutkan fungsi ADUN dalam dewan. Sila Y.A.B. ulaskan keadaan sebegini.

    Kerajaan Negeri menyedari kelemahan ini dan masalah yang timbul kepada ADUN.
    Kerajaan Negeri telah pun mengeluarkan memo meminta Jabatan-Jabatan Kerajaan
    untuk mempertingkatkan jaringan maklumat kepada ADUN-ADUN selaku wakil rakyat.
    Kerajaan Negeri juga mahu mempertingkatkan tahap perbincangan bukan sahaja
    dengan ADUN malah dengan Ahli-Ahli Parlimen, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua
    Kampung tentang dasar-dasar Kerajaan Negeri. Ini adalah bagi memastikan perubahan
    yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri diketahui dan difahami oleh rakyat negeri
    Selangor secara jelas tanpa bersandarkan putarbelit pembangkang di media.
    Task force Tanah telahpun membuat satu kertas kerja untuk melicinkan lagi pentadbiran
    Pejabat Tanah. Kerajaan Negeri sedang mengkaji cadangan Task force Tanah untuk
    mempertingkatkan prestasi Pejabat Tanah dan Galian Selango

Lampiran

Tiada Lampiran.