Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

56) Keterbatasan Adn Untuk Berfungsi

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dewan bersidang beberapa hari sahaja setahun. ADN tidak terlibat dalam mesyuarat PBT. Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah tidak berlangsung. Bagaimanakah ADN boleh berfungsi dengan efektif membawa suara dan kepentingan rakyat apabila terkekang daripada berinteraksi melalui mesyuarat peringkat PBT dan Majlis Daerah?

    Dalam konteks tadbir urus Kerajaan Negeri, semua Ahli Dewan Negeri mempunyai kapasiti untuk berurusan secara terus dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan Pejabat-pejabat Tanah dan Daerah khususnya dalam mengetengahkan isu-isu rakyat di kawasan masing-masing. Atas faktor tersebut setiap PBT dan Pejabat Tanah perlu menggiatkan ruang dialog dengan wakil-wakil rakyat dalam setiap locality masing-masing supaya isu dan permasalahan rakyat di peringkat dasar dapat difahami dengan lebih baik bagi menyelesaikan setiap isu dan rakyat. Perlu difahami setiap solusi masalah rakyat tidak terbatas kepada pelaporan Ketua Jabatan semata-mata, ia perlulah mengambil sudut pandang para Wakil Rakyat sebagaimana menepati prosedur dan tatacara yang perlu dikuatkuasakan. Justeru para Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT serta Pegawai-pegawai Daerah perlu kekal dan bersikap proaktif bagi tujuan tersebut. Selain daripada itu ADUN wajar mengaktifkan Pusat Khidmat yang boleh menjadikan wahana dan penyampai suara rakyat untuk disusurkan dengan tindakan ADUN dan penyelesaian atau bantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.