Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

25) KETIADAAN BEKALAN AIR TERAWAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ketiadaan bekalan air terawat di kawasan kampung Sungai Lui dan kampung Sungai Tekali?

    Air Selangor telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti melaksanakan kerja-kerja penyelarasan pengagihan di sistem agihan bekalan air dan menaiktaraf perkakasan di rumah pam Kampung Sungai Lui dan Kampung Sungai Tekali.

    Air Selangor juga akan melaksanakan beberapa projek naiktaraf di Kampung Sungai Lui yang kini dalam peringkat penilaian tender, antaranya:

    i. Kerja-kerja menaiktaraf kapasiti pengeluaran di Loji Rawatan Air Sungai Lolo;
    ii. Pemasangan paip baru dari Loji Rawatan Air Sungai Pangsun hingga ke simpang Bt 18;
    iii. Kerja-kerja menaiktaraf tangki menara Kampung Sungai Lui; dan
    iv. Pemasangan paip baru dari tangki menara Kampung Sungai Lui hingga ke Paya Lebar.

    Kawasan Kampung Sungai Lui dan Kampung Sungai Tekali akan mendapat faedah melalui Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA 2), apabila ianya siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2022 di mana ianya melibatkan pemasangan paip baru dari kolam imbangan baru Hulu Langat kepada paip air sedia ada di Jalan Hulu Langat serta pemasangan paip baru hingga ke kolam sedut Kampung Sungai Tekali.

Lampiran

Tiada Lampiran.