Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

106) KETIDAKPATUHAN SYARAT LESEN TRED, PERNIAGAAN, PERINDUSTRIAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Samada terdapatnya kesediaan untuk meningkatkan jumlah kompoun atas tred, perindustrian dan perniagaan yang melanggar syarat lesen, terutamanya syarat-syarat kebersihan?

    Pada masa ini, kadar kompaun sedia ada di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian 2013 adalah tidak melebihi RM1,000.00 bagi kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran Sebarang kenaikan kadar kompaun adalah bergantung kepada pindaan kepada jumlah denda di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang mana ianya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.