Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

241) KETIRISAN KAKITANGAN KERAJAAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah Kerajaan Negeri bagi mengelakkan berlaku ketirisan di bawah pemerintahan Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan tadbir urus organisasi dan penginstitusian integriti dilaksanakan secara efisien dalam membendung sebarang bentuk ketirisan di kalangan penjawat awam terutamanya yang melibatkan salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Dalam mencapai hasrat ini, antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, termasuklah:Mewujudkan hubungan langsung dengan Unit Integriti di setiap jabatan/agensi dalam memberikan penerangan berkenaan integriti dan dalam masa yang sama membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan kakitangan masing-masing;

    • Mengadakan kursus, seminar, bengkel dan taklimat berhubung tatakelakuan dan salahlaku rasuah;
    • Mengedarkan risalah-risalah berkaitan tatakelakuan dan salahlaku rasuah;
    • Memberikan komitmen akan turut serta menjayakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan mewujudkan inisiatif-inisiatif dalam membendung gejala rasuah; dan
    • Menyediakan saluran aduan integriti yang melibatkan penjawat awam melalui e-mel, talian telefon, faks, surat dan walk-in di Unit-unit Integriti yang ditubuhkan bagi memudahkan penyaluran aduan integriti sama ada dari kalangan kakitangan mahupun orang awam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.