KETUA KAMPUNG AGEN PERUBAHAN

114) KETUA KAMPUNG AGEN PERUBAHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Peranan Ketua Kampung penting dalam membantu memperjelaskan dasardasar Kerajaan Negeri agar dapat memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat desa. Bagaimana usaha ini direalisasikan serta dipantau perlaksanaannya?

    Ketua Kampung adalah seseorang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi memimpin dan mengetuai sesuatu kampung di Negeri Selangor.  Setiap Ketua Kampung bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada penduduk akan dasar-dasar Kerajaan, menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dan penduduk kampung, berusaha ke arah kemajuan kampung, menggalakkan orang kampung untuk membayar apa-apa hasil kepada Kerajaan seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang serta menggalakkan semangat kerjasama dikalangan penduduk.

    Di antara peranan penting Ketua Kampung adalah memperjelaskan dasar-dasar Kerajaan Negeri agar dapat memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat desa. Ketua Kampung bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan kampung dan selaras dengan arahan Kerajaan Negeri. Oleh itu, usaha memperjelas dasar-dasar Kerajaan Negeri dapat direalisasikan atau dapat diterapkan semasa perancangan dan pelaksanaan urusan pentadbiran dan operasi dijalankan dalam konteks untuk;

    • Mengenalpasti dan merancang projek-projek pembangunan masyarakat yang boleh meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk di dalam kampung selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan.
    • Menyusun keutamaan projek-projek yang hendak dilaksanakan.
    • Menyedia, mengemaskinikan dan mempamerkan maklumat serta data-data Profil Kampung.

    Pemantauan prestasi Ketua Kampung dibuat oleh Pentadbir Tanah Daerah. Pegawai Daerah boleh mencadangkan penamatan perkhidmatan Ketua Kampung kepada Kerajaan Negeri mengikut peraturan yang ditetapkan jika mendapati seseorang Ketua Kampung tidak berfungsi sebagai mana yang telah ditetapkan atau tidak menjalankan tugasan berikut:

    • Tidak mengadakan mesyuarat JKKK selama tempoh 3 bulan berturut-turut;
    • Tidak menghadiri mesyuarat yang dijemput oleh Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Penghulu sebanyak 5 kali berturut-turut;
    • Tidak menghadiri majlis rasmi Kerajaan Negeri di peringkat negeri dan daerah sebanyak 5 kali berturut-turut; dan
    • Tidak memberi kerjasama kepada jabatan/ agensi

Lampiran

Tiada Lampiran.