Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

59) KETUA KAMPUNG DAN KETUA KOMUNITI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua ketua kampung tradisi, ketua kampung Cina dan ketua komuniti India yang dilantik untuk 2016, mengikut kawasan DUN.

    Berdasarkan Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor yang telah dikeluarkan pada tahun 2001, JKKK ditubuhkan di kampung-kampung adalah bertujuan untuk memastikan kelancaran pembangunan Negara. Keperluan asas pembangunan Negara adalah satu kesepakatan penduduk yang perlu digembleng melalui kepimpinan yang dinamik dan pentadbiran yang teratur. Penubuhan JKKK juga penting bagi memastikan matlamat pembangunan desa seperti pembasmian kemiskinan, pemodenan desa dan kemajuan dalam pembangunan tercapai.

    Pentadbiran JKKK ini diketuai oleh Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi memimpin dan mengetuai sesebuah kampung di Negeri Selangor. Pelantikan dan penamatan jawatan seseorang Ketua Kampung adalah dibuat oleh YAB Menteri Besar Selangor dengan pengesyoran yang dibuat oleh Pegawai Daerah yang berkaitan.

    Pada tahun 2016, terdapat 494 orang pemimpin di peringkat kampung dan komuniti yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, berikut dilampirkan perincian mengikut pecahan kampung:

      Jumlah
    Ketua Kampung Tradisi 368
    Ketua Kampung Baru 78
    Ketua Komuniti India 48

    Senarai Ketua Kampung Tradisi, Ketua Kampung Baru dan Ketua Komuniti India yang telah dilantik untuk tahun 2016 adalah seperti di Lampiran A.

    Secara dasarnya tugas Ketua Kampung Tradisi, Ketua Kampung Baru dan Ketua Komuniti India adalah sama di mana perbezaannya hanya melibatkan komuniti kampung tersebut sahaja. Tugas-tugas yang dijalankan juga sama iaitu bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada penduduk akan dasar-dasar Kerajaan, menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dan penduduk kampung, berusaha ke arah kemajuan kampung, menggalakkan orang kampung untuk membayar apa-apa hasil kepada Kerajaan seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang serta menggalakkan semangat kerjasama dikalangan penduduk. Walau bagaimanapun, tanggungjawab Ketua Komuniti India adalah lebih kecil kerana mereka diletakkan di bawah pentadbiran JKKK dan hanya bertanggungjawab menjaga komuniti India di kampung-kampung.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.