Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

335) KEUSAHAWANAN & INOVASI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah badan yang terdapat dalam kerajaan Selangor yang menjaga hal berkaitan pembangunan usahawan secara dekat dan berterusan sehingga berjaya, serta peruntukan untuk pembangunan usahawan keseluruhan?

    Terdapat 6 badan Kerajaan Negeri Selangor yang menjaga hal berkaitan pembangunan usahawan secara dekat dan berterusan sehingga berjaya. Badanbadan tersebut ialah:-

    1. i) Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor di bawah penyeliaan Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN); ii) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Selangor; iii) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor; iv) Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perikanan Negeri Selangor;
      1. Yayasan Dar Al-Qard Al Hasan di bawah Menteri Besar Incorporated

    (MBI) bagi :-

    1. Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)
    2. Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel)
    1. Unit Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

    Seperti yang telah dipersetujui semasa Retreat EXCO di Bangkok pada 18-20

    September, 2013 dan dibentangkan di dalam Dialog Bajet 2014, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan juga dalam proses menubuhkan  Pusat Keusahawanan Negeri Selangor (PUNS) yang mana Pusat Keusahawanan Negeri Selangor (PUNS) ini akan bertindak sebagai sebuah agensi sehenti yang memusatkan semua aktiviti dan  program keusahawanan  bagi pembangunan keusahawanan.

    Peruntukan untuk pembangunan keusahawanan keseluruhan (dari tahun 20082014) adalah sebanyak RM120,196,505.00. Pecahan peruntukan mengikut badan adalah seperti berikut:-

    BIL PERUNTUKAN (2008-2014) JUMLAH (RM)
    1. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan 18,200,000.00
    2. Unit Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Selangor 8,383,000.00
    3. Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar  Negeri Selangor 3,692,205.00
    4. Unit Industri Asas Tani, Jabatan Perikanan Negeri Selangor 1,450,000.00
    5. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan a) MiMBAR

    b) Skimsel

    70,000,000.00
    6. Unit Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 23,971,300.00
    JUMLAH KESELURUHAN (RM) 125,696,505.00

Lampiran

Tiada Lampiran.