Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

79) KEUSAHAWANAN SOSIAL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan konsep keusahawanan sosial ("social entrepreneurship") kepada khalayak ramai, terutama sekali golongan belia?

    Keusahawanan sosial ialah model keusahawanan yang tidak hanya mementingkan keuntungan , malah menekankan kepada pewujudan masyarakat yang berimpak positif dan saksama. Pada masa ini Kerajaan Negeri sedang meneliti bentuk bantuan bagi memperkembangkan lagi konsep keusahawanan sosial (social entrepreneurship).  Sebagaimana Yang Berhormat maklum, konsep ini dijalankan atas inisiatif  pihak persendirian, sebagai contoh syarikat Masala Wheels yang beroperasi di Petaling Jaya.  Organisasi ini mensasarkan belia india yang terpinggir dan berisiko dengan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan agar golongan ini dapat berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.