Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

201) KEWANGAN AKIBAT PKP

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang diterima dan disalurkan termasuk daripada sumber lain sepanjang PKP? Senaraikan.

    Sebagaimana kita semua maklum, wabak Covid – 19 ini telah memberikan impak terhadap dunia amnya dan Malaysia khususnya. Oleh itu, negeri Selangor juga turut menerima impak yang sama. Bagi tujuan menangani Covid – 19, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut,   sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk projek pembangunan berskala kecil di bawah Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam / Projek Infrastruktur Asas (PIA/PIAS). Pelaksanaan projek-projek PIA/PIAS ini adalah bertujuan sebagai stimulus package untuk menangani masalah kegawatan ekonomi negeri.  Selain itu, sebanyak RM10 juta telah disalurkan ke Tabung Pakej Rangsangan Ekonomi bagi tujuan bantuan menangani wabak Covid – 19 seperti kos pengoperasian stesen-stesen kuarantin, pembelian topeng pelitup muka (face mask), hand sanitizer dan lain-lain. Sebanyak RM7.795 juta telah dibelanjakan bagi tujuan yang telah dinyatakan dan baki peruntukan akan digunakan untuk menampung pembayaran insentif kepada penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid – 19.

    Selain terimaan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga menerima terimaan dari MBI yang berjumlah sebanyak RM105.95 juta bagi menampung inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan perincian seperti berikut:

    Bil Inisiatif Yang Dilaksanakan MBI Perbelanjaan MBI (RM)
    1 Inisiatif Selangor Pay 100 juta
    2 Menampung bantuan bekalan makanan kepada pelajar-pelajar UNISEL, KUIS, INPENS dan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain 2.56 juta
    3 Menampung bekalan makanan kepada frontliner, petugas media dan petugas keselamatan sepanjang tempoh PKP Fasa I dan Fasa II 1.44 juta
    4 Pemberian insentif sebanyak RM200 (One Off) kepada petugas hospital di Negeri Selangor 1.2 juta
    5 Bantuan makanan kepada petugas hospital di Negeri Selangor sepanjang bulan April 2020
    6 Pembangunan platform e-learning 700 ribu
    7 Keperluan Task Force COVID Selangor melalui SELangkah 50 ribu

    Selain daripada MBI, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga turut menampung kewangan Kerajaan Negeri sepanjang tempoh PKP bagi tujuan menangani impak Covid – 19 dengan menawarkan peruntukan khas bagi mengupayakan kapasiti Ahli Majlis PBT sempena Selangor Gempur Covid – 19 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.75 juta dan  pengecualian sewa 1 bulan di premis PBT yang melibatkan impak kewangan sebanyak RM12 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.