Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

114) KEWANGAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah faktor-faktor dan sumber berlakunya peningkatan akaun amanah disatukan kepada RM1,031.25 juta pada tahun 2011?

    Peningkatan Akaun Amanah Disatukan kepada RM1,031.26 juta pada tahun 2011 dapat diperjelaskan melalui jadual di bawah:

        Tahun   Perubahan
    Butiran   2010   2011   (RM Juta)  
      %
      (RM Juta) (RM Juta)
         
    Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada:        
    i.) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan        
    Kumpulan Wang Pembangunan 128.23 141.20 12.98 10.1
    Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 13.59 10.25 -3.34 -24.6
    Pelbagai Kumpulan Wang Amanah

    Kerajaan

    305.72 332.43 26.71 8.7
    Kumpulan Wang Pembangunan Hutan 2.09 4.32 2.23 106.7
    ii.) Kumpulan Wang Amanah Awam 276.45 439.08 162.63 58.8
    iii.)AkaunWang Deposit 128.55 103.98 -24.57 -19.1
    Jumlah 854.63 1,031.26 176.63 20.7

    Baki Akaun Amanah Disatukan pada 31 Disember 2011 adalah berjumlah RM1,031.26 juta berbanding RM854.63 juta pada akhir tahun 2010 iaitu meningkat sejumlah RM176.63 juta (20.7%)

    Peningkatan berlaku pada baki Kumpulan Wang Amanah Awam (iaitu meningkat RM162.63 juta), Kumpulan Wang Pembangunan (iaitu meningkat RM12.98 juta) dan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (iaitu meningkat RM26.71 juta) antara penyumbang kepada peningkatan Akaun Amanah Disatukan secara keseluruhannya.

        Tah un
    Butiran   2011   2010
      (RM Juta) (RM Juta)
    WANG AWAM      
    WANG TUNAI 390,891,515.39   658,273694.11
    PELABURAN 1,553,117,823.70   928,607,922.87
      1,944,009,339.09   1,586,881,616.98

    Kumpulan Wang Pembangunan yang meningkat sebanyak 10.1% berbanding tahun 2010 disebabkan terdapat lebihan di dalam perbelanjaan pembangunan. Manakala, baki Kumpulan Wang Amanah Awam pula yang meningkat sebanyak 58.8% berbanding tahun 2010 adalah disebabkan oleh terdapat akaun-akaun amanah yang baru seperti Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat & Badan Berkanun Negeri Selangor dan Akaun Amanah Pembangunan Persimpangan Bertingkat. Selain itu, terdapat peningkatan pada baki Akaun Amanah Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan juga peningkatan pada baki Kumpulan Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri.

    Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan juga meningkat sebanyak 8.7% berbanding tahun 2010 disebabkan terdapat peningkatan pada baki Akaun Urus niaga Tabung Warisan Negeri, pelbagai Akaun Pinjaman dan juga penyaluran dana kepada Akaun Amanah Bencana Alam

Lampiran

Tiada Lampiran.