KEWANGAN PELAJAR UNISEL
32) KEWANGAN PELAJAR UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sehingga bulan Februari 2014 terdapat rungutan pelajar UNISEL belum menerima bantuan kewangan dari PTPTN. Mengapakah keadaan ini berlaku?
Prosedur semasa bagi bayaran pinjaman oleh pihak PTPTN adalah selepas pihak universiti (UNISEL) menghantar maklumat keputusan peperiksaan pelajar. Hanya pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti yang ditetapkan oleh pihak PTPTN akan menerima bantuan kewangan bagi semester tersebut. Bagi pelajar-pelajar yang dimaksudkan iaitu, pelajar-pelajar lama, keputusan peperiksaan mereka telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat yang bersidang pada 22 Januari 2014. Berdasarkan jadual yang dipersetujui oleh pihak PTPTN dan UNISEL, keputusan peperiksaan sepatutnya dihantar pada 15 Februari 2014. Walau bagaimanapun, pihak UNISEL telah mengambil inisiatif untuk menghantar lebih awal iaitu pada 5 Februari 2014. Pihak PTPTN telah meluluskan bayaran pada 24 Februari 2014 dan bayaran telah diterima pada 04 Mac
