Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

50) KHIDMAT AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pelantikan Ahli-ahli majlis PBT telah dinilai kembali selepas setahun mereka berkhidmat di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Bagaimanakah prestasi Ahli-ahli majlis PBT setahun mereka dilantik di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat?

    Majoriti Ahli-ahli Majlis PBT yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi penggal 2008/2009
    telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berkesan serta
    amat memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa orang Ahli Majlis yang
    kurang aktif dalam penyampaian perkhidmatannya dan mereka ini akan diberikan
    pendedahan yang lebih dan dihantar menyertai kursus di Institut Latihan Pihak Berkuasa
    Tempatan (ILPBT) untuk meningkatkan pengetahuan serta kecekapan agar dapat
    menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.