Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

109) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat perancangan atau peruntukkan baru bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor dengan khidmat Bas Selangorku Percuma?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang kini memasuki tahun ke-3 pelaksanaannya telah banyak memberi impak positif terhadap capaian jaringan pengangkutan awam lain khususnya dalam menghubungkan jaringan pengangkutan awam darat seperti komuter, BRT, LRT dan MRT. Kesalinghubungan di antara pengangkutan awam yang tersedia mampu mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor. Dengan peruntukan sedia ada sebanyak RM30 juta pada tahun 2018, perancangan bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor ini di 11 PBT, tidak termasuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), akan diteruskan dengan perluasan laluan baru serta penambahan bas, manakala bagi perkhidmatan bas percuma PJCitybus yang disediakan oleh MBPJ adalah dengan menggunakan peruntukan Majlis berdasarkan kekukuhan kewangan MBPJ untuk menampung kos perkhidmatan bas tersebut. Sebanyak 8 laluan baru dengan 23 buah bas akan diperkenalkan pada tahun 2018 di kawasan pentadbiran Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Ampang, Selayang, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, manakala tambahan sebuah bas di pindaan laluan KS02 Majlis Daerah Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.