Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

160) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bersedia memperkenalkan semula bas (bersaiz) mini bagi mempertingkatkan liputan, kapasiti dan kesaling hubungan pengangkutan terutama di kawasan bas yang panjang susah masuk?

    Perkhidmatan bas bersaiz mini telah dihentikan pada  tahun  1998  oleh Kementerian Pengangkutan dan penggunaan semula bas ini juga tertakluk kepada kawasan yang dipohon dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selaku badan yang mengeluarkan lesen pengendali berkenaan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan Bas Smart Selangor pada ketika ini hanya menggunakan bas bersaiz 10 dan 12 meter berdasarkan keperluan dan kesesuaian laluan yang dicadangkan serta kos yang lebih efektif. Penggunaan bas bersaiz panjang ini lebih menepati sasaran untuk memberi lebih banyak peluang kepada pengguna pengangkutan awam di Negeri Selangor seterusnya meningkatkan jumlah penerimaan penumpang yang tinggi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mahupun Pihak Berkuasa Tempatan amat menyokong cadangan atau kajian semula penggunaan bas bersaiz mini bagi memenuhi keperluan di kawasan yang sukar dimasuki bas bersaiz panjang dalam mempertingkatkan liputan, kapasiti dan kesaling hubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar sekiranya ia diperkenalkan semula oleh Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.